Skip to main content

Proza Ventures

NEWS & MEDIA

MAJLIS MENDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN DI ANTARA PROZA VENTURES (M) SDN BHD & GLOCAL LINK (M) SDN BHD

Kerjasama Strategik, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan

Alhamdulillah, pada 9 Oktober 2026, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Glocal Link (M) Sdn. Bhd., syarikat subsidiari MARA Corporation Sdn. Bhd., dan Proza Ventures (M) Sdn. Bhd.

Majlis ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang pemasaran, pembangunan perniagaan dan penerokaan peluang kerjasama yang lebih luas.

Diharapkan kerjasama ini dapat mewujudkan sinergi yang kukuh, membuka peluang pertumbuhan baharu serta memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua organisasi.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang berterusan dan pencapaian matlamat perniagaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Glocal Link × Proza Ventures
Bersama Membina Sinergi, Memacu Pertumbuhan.