Skip to main content

Proza Ventures

NEWS & MEDIA

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PROZA VENTURES 2025

Pada 1 Januari 2026, syarikat Proza Ventures (M) Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan bagi tahun 2025 bertempat di DoubleTree by Hilton, i-City Shah Alam. Acara yang bertemakan “Smart Casual” ini merupakan majlis makan malam tahunan yang ketiga sejak syarikat memulakan operasi. Program ini bertujuan untuk menghargai usaha semua pekerja, mengeratkan hubungan di antara pihak Pengurusan bersama kakitangan serta meraikan pencapaian syarikat sepanjang tahun 2025.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Urusan Encik Syamrul Ridhwan Musa yang menyanjung usaha dan pencapaian syarikat sepanjang tahun dan berkongsi rancangan jangka panjang syarikat. Seterusnya, ucapan dari Ketua Pegawai Operasi Encik Affendy Zulkifli yang membentangkan program-program syarikat untuk tahun 2026 yang berfokus kepada peningkatkan productiviti serta meningkatkan kesejahteraan serta kebajikan pekerja.

Selain dari pemberian “door gift”, syarikat juga telah berbesar hati memberikan saguhati berbentuk voucher tunai kepada semua pekerja. Majlis kemudian diteruskan dengan aktiviti solat Maghrib berjemaah diikuti dengan jamuan makan malam berkonsepkan buffet. Memang rambang mata para pekerja memilih makanan yang beraneka yang dihidangkan oleh pihak hotel. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan beramai-ramai serta kata-kata semangat dari pihak Pengurusan untuk menghadapi tahun baharu dengan lebih cemerlang.