NEWS & MEDIA
HARI KELUARGA PROZA VENTURES 2026
12 Oktober 2026 – Syarikat Proza Ventures (M) telah menganjurkan Hari Keluarga 2026 pada tarikh 10 dan 11 Oktober bertempat di Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson. Program ini telah memasuki tahun ke-2 semenjak mula dianjurkan pada tahun lepas, bertujuan untuk menghargai sumbangan serta komitmen yang telah diberikan oleh semua kakitangan dalam menaikkan nama syarikat. Seramai 60 orang yang terdiri dari wargakerja beserta ahli keluarga masing-masing telah hadir bagi memeriahkan acara sambutan.
Acara dimulakan dengan majlis makan malam yang bertemakan “Hawaiian” di pekarangan kolam renang hotel. Wargakerja Proza Ventures bersama-sama keluarga telah hadir dengan berpakaian warna-warni mengikut tema. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Haji Ahmad Shafizan Safiai, Pengarah Eksekutif Proza Ventures. Pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut yang menarik telah dihidangkan untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir. Kemuncak acara ialah pengumuman pakaian tercantik bagi kategori dewasa lelaki, dewasa wanita dan kanak-kanak. Majlis diakhiri dengan sesi karaoke sebelum bersurai pada jam 11 malam.
Acara hari keluarga pada keesokkan harinya diceriakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi senamrobik, sukaneka dewasa dan kanak-kanak, aktiviti air “banana boat ride”, jamuan makan tengahari serta upacara penyampaian hadiah. Program telah diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.
Terima kasih kepada semua wargakerja Proza Ventures (M) kerana sudi memeriahkan sambutan Hari Keluarga Proza 2026.